Skip to main content

PENGALAMAN TEMUDUGA KRU ETS KTMB

Hai korang.

Harini aku rasa nak share pengalaman aku join temuduga sebagai KRU ETS KTMB pada 27 April 2019 yang lepas.



Alkisahnyaa...

Seminggu sebelum tarikh temuduga , aku diinformkan oleh bapak aku yang KTM akan adakan temuduga terbuka KRU ETS. Aku yakin ramai yang taktahu kan pasal jawatan ni termasuklah aku. So aku pun rasa why not aku cuba sebab aku memenuhi syarat syarat kelayakkan yang ditetapkan oleh pihak KTM.

So malam sebelum temuduga dijalankan , aku dan parent aku pun gerak dari perak ke KL untuk hadiri temuduga tu. Aku tak google langsung pasal KRU ETS weh , yang aku google ialah ets ktm kat wikipedia , dalam kepala otak aku cuma ada ‘Apa itu ETS’ and semua pasal ETS lah. Aku tak cari tahu pun apa job scope tugas kru ets ni. So aku rasa mcm satu kesilapan jugaklah sebab aku tak ambik tahu job scope ETS ni.

Ok , so masa hari temuduga seawal 7 pagi aku dah ada kat tempat temuduga. Bangunan KTM tu berhadapan masjid negara dan bersebelahan TV AL HIJRAH. Masa aku masuk pagar tu aku terkejut wehh ramai gila orang yang datang. Beratur panjang gila. Aku rasa aku datang awal dah. Rupanya ramai lagi yang awal dari aku. So aku pun tunggu kat khemah yang disediakan. Masa ni pihak pengurusan KTM dah warning , pakaian kena ikut ketetapan yang dah ditulis. Kat poster tu ada tulis kalau wanita diwajibkan memakai seluar panjang berwarna hitam. Pada pandangan aku interview ni agak strict. Sesiapa yang tak lengkap syarat syarat dah diberitahu awal awal untuk lengkapkan semua. Pihak pengurusan KTM jugak ada menyediakan borang pendaftaran pada yang tak print borang pendaftaran.

Tepat pukul 9 , kami semuaa diminta berkumpul di kaunter pendaftaran , so stage pertama adalah di kaunter pendaftaran dimana kaunter tersebut akan check samada borang , gambar , sijil lengkap.

Stage kedua pula adalah sesi kaunter pengesahan sijil. So seperti syarat yang dinyatakan , calon mestilah LULUS SPM DAN MENDAPAT KEPUJIAN DALAM BAHASA MELAYU DAN INGGERIS. So time ni aku boleh tengok ramai yang direject dan ada juga direject sebab gagal mengikut etika pakaian yang ditetapkan oleh pihak KTM.

Alhamdulillah stage kedua aku lepas dan seterusnya ke stage ketiga , dimana tinggi dan berat serta BMI diambil kira. Waktu ni pun memang ramai yang direject. Stage ketiga aku berjaya dengan tinggi 159 dan berat 50 dan BMI aku adalah normal.

Stage keempat adalah grooming session , meja pertama panel akan membuat ujian mata , rabun warna dan sebagainya . Dan masa ni panel akan Briefing sikit apa tugas kru ETS.  Lulus meja pertama seterusnya ke meja kedua. Meja kedua akan check cara jalan dan postur badan kita. Aku lulus meja kedua dan seterusnya meja ketiga. Meja ketiga akan check segala parut ditangan , gigi dan muka. So bagi aku meja ketiga ni agak strict sikit sebab aku gagal untuk ke stage berikutnya disebabkan muka aku ada jerawat. Oh ya masa tu aku berakout sangat teruk sampai jerawat aku masih nampak even dicover oleh foundation. So aku agak kecewa sebab jerawat aku terlalu obvious kata panel meja ketiga. Aku redha sebab mungkin bukan rezeki aku .

So sampai sini je stage yang aku boleh kongsi dengan korang memandangkan aku gagal distage ini. Jerawat oh jerawat . Time nak ada interview lah aku break out teruk pun. So kepada korang yang nak cuba di Interview akan datang , goodluck! Oh yaa , KRU ETS adalah PRAMUGARA dan PRAMUGARI untuk train ye. So Goodluck gais. Feel free untuk tanya apa apa. Insyaallah aku akan jawab sebaik mungkin.

Salam sayang dari aku ,

Alinananananananananabananana

Comments

  1. Sis , temuduga jawatan ape yee ? Memang wajib pakai sluar ke ? Pakai baju kurung tak boleh ke ? Sebab sy selesa lagi pakai baju kurung

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGALAMAN TEMUDUGA QATAR AIRWAYS

 Hai assalamualaikum. Fuhh lama betul tak jenguk blog ni. sorry ye kalau ada yang aku tak reply comments. harini baru berkesempatan nak jenguk blog. Btw aku agak busy tahun lepas sebab aku sibuk dengan persiapan perkahwinan aku 😬 lepastu kawen time time covid19 pulak kan memang mencabar. Tarikh lain yang dirancang tarikh lain yang jadi disebabkan kena ambik turn untuk akad nikah kat pejabat agama. Alhamdulillah semua berjalan lancar and pejam celik dah hanpir setahun aku bergelar isteri. ok jadi berbalik kepada pengalaman temuduga pramugari Qatar Airways. harini aku nak kongsi pengalaman temuduga aku dengan qatar airways. oh ya , interview ni diadakan sebelum wabak covid.  Ni first time aku try untuk qatar airways dan first time juga aku interview dengan panel dari luar. nak dijadikan cerita qatar airways ni akan invite kita melalui email dan email tu dia akan bahagikan kita mengikut batch. aku dapat batch 5 so interview aku bermula pukul 1 tengahari. Yang uruskan kita tu mem...

Impianku di AWAN BIRU.

A nnyeonghaseyo.. hahaha acah korean girl sikit. so korang dah baca kan tajuk tu. macam yang pernah aku post kat blog lama aku tentang experience aku join temuduga pramugari malaysia airlines so aku boleh agak korang mesti tahu kan impian , cita cita dan harapan aku. lepas dari pengalaman pertama aku tu. aku dah berani mencuba nasib di syarikat penerbangan yang lain macam Malindo , Air Asia. tapi apa yang aku boleh katakan sampai setakat ni aku tetap FAILED untuk memegang jawatan sebagai PRAMUGARI dimana mana airlines. hahahaha So sehingga sekarang aku tengah menjalani kehidupan sebagai pelajar Degree Kejuruteraan di sebuah institusi pengajian tinggi awam di johor pun aku masih struggle menghadiri temuduga terbuka yang dibuat oleh mana mana syarikat penrbangan di malaysia. Bukan sekali dua je aku pergi. berkali-kali aku pergi tapi rezeki masih tak memihak pada aku. kadang-kadang aku give up jugak tapi bila aku dengar ada yang pergi 20 KALI baru dapat , aku masih tak berputu...