Skip to main content

PENGALAMAN TEMUDUGA QATAR AIRWAYS

 Hai assalamualaikum.

Fuhh lama betul tak jenguk blog ni. sorry ye kalau ada yang aku tak reply comments. harini baru berkesempatan nak jenguk blog.

Btw aku agak busy tahun lepas sebab aku sibuk dengan persiapan perkahwinan aku 😬 lepastu kawen time time covid19 pulak kan memang mencabar. Tarikh lain yang dirancang tarikh lain yang jadi disebabkan kena ambik turn untuk akad nikah kat pejabat agama. Alhamdulillah semua berjalan lancar and pejam celik dah hanpir setahun aku bergelar isteri.

ok jadi berbalik kepada pengalaman temuduga pramugari Qatar Airways. harini aku nak kongsi pengalaman temuduga aku dengan qatar airways.



oh ya , interview ni diadakan sebelum wabak covid. 

Ni first time aku try untuk qatar airways dan first time juga aku interview dengan panel dari luar. nak dijadikan cerita qatar airways ni akan invite kita melalui email dan email tu dia akan bahagikan kita mengikut batch. aku dapat batch 5 so interview aku bermula pukul 1 tengahari. Yang uruskan kita tu memang org luar negara. aku tak nampak pun any malaysian yang jadi urusetia. aku yang tak nampak ke atau memang takde tu aku tak sure la sebab aku nervous teruk masatu. tak sempat nak perhati kiri kanan. simptom interview la katakan. 

Masa sampai tu diorang akan suruh beratur dulu tunggu habis batch yang sebelum tu interview. Lepas dah habis batch yang sebelum tu baru kita pulak dipanggil untuk dengar briefing dari urusetia diorang. memang 100% english. kiri kanan aku ramai yang excrew , yang masih crew pun ramai cuba nasib. Macam aku yang duduk kat sebelah kanan tu tengah bekerja dengan malindo , sebelah dia pulak ex-malindo and tengah kerja dengan airasia. Sebelah kiri aku pulak takde experience mcm aku , maksudnyaa tak kerja dengan mana mana airlines , jadi kitorg dua memang banyak borak la siap tukar no phone lagi konon nanti interview mana mana nak pergi sama sama. Yang seronoknyaa tiap kali aku interview je mesti lah ada kenal org baru and tukar tukar no phone , instagram bagai. 

Lepas je briefing habis kitorg kena beratur pulak kat luar hall tempat interview, so masuk ikut turn lah. Sampai turn aku , aku pun masuk . So dalam satu hall tu ada ramai interviewer tapi meja jauh jauh. jadi setiap satu meja interviewer tu ada lah dalam 3 panel atau 2 panel. Aku dapat yang 2 panel dan sorang candidate ye setiap meja tu. 

First sekali dia akan suruh introduce yourself laa , soalan wajib. Lepas aku introduce diri aku , salah sorang panel tu tanya “are you ex-cabin crew?” aku pun jawab laa “no, madam. i never worked as a cabin crew”. Then dia pun tanya pernah join mana mana interview tak sebelum ni , aku jawab laa tak pernah *tipu sunat😂. Lepastu dia tanya soalan lagi “why do you choose to join qatar airways?” aku pun cakap laa “Qatar Airways one of the best airlines in the world bla bla bla bla” mcm mcm lah ayat aku keluar masatu.

So after aku jawab soalan tu , panel suruh aku bukak kasut and buat arm reach check. Ha qatar airways ni dia takde requirement untuk height tau tapi korang kena buat arm reach check laa. And surprisingly bapak tinggi dia punya arm reach check. Aku ni dalam hati , macam tak sampai je. Pastu sampai je kt tiang yang arm reach check tu aku pun cuba la nak capai sticker hitam penanda dia tu. Lagi sikit nak sampai so aku terjengket jengket laa kat situ. tak sampai jugak. sikit je lagi. aku pun berhenti jap dan aku pandang kat panel , panel bagi isyarat tangan suruh aku cuba lagi sekali. aku pun try lagi sekali. hampeh memang tak sampai wei. padahal sikit je lagi. Then aku pusing lagi sekali kt panel. Panel suruh aku cuba untuk kali ketiga. Aku pun cuba lah tapi tulah dah tak sampai walaupun sikit je lagi nk capai sticker hitam tu. Aku pun pandang la sekali lagi kat panel then aku gelengkan kepala. Baru lah diorg suruh aku datang balik kt meja tu. 3 kali dia bagi peluang pun kalau dh tak sampai tetap tak sampai oi! hahaha . 

Sadly aku tak dapat nak join next stage yang akan diadakan keesokkan harinya. Kalau yang lepas sampai next stage akan dapat kertas kecik invitation untuk next stage esoknya tu. Aku pun keluar lah. Then terjumpa yang crew Malindo & Airasia kat sebelah aku tadi. Diorang tanya aku dapat buat arm reach check tak sebab diorang tak dapat buat pun yang arm reach check tu panel dah cakap tak berjaya ke next stage. Merasa la jugak aku buat arm reach check tu walaupun tak lepas sikit je lagi hahahahaha. 

Setakat tu yang aku ingat pasal interview dengan Qatar Airways. Seronok! sebab dapat pengalaman baru dengan Qatar Airways. 

Oklah , setakat ni je dlu blog aku. Terima kasih sebab baca blog aku yang bosan tah pape ni. 


Jaga diri semua , stay safe ❤️ Insyaallah kita doakan semoga dunia sembuh dari wabak covid ni dan kita boleh hidup macam biasa dan yang paling penting industri penerbangan pulih mcm biasa dan paling penting interview ada selalu mcm dlu dlu. Hehehe 


Salam sayang , 


Alinananananana



 


Comments

  1. please help best outfit for interviews as ticket and customer service

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGALAMAN TEMUDUGA KRU ETS KTMB

Hai korang. Harini aku rasa nak share pengalaman aku join temuduga sebagai KRU ETS KTMB pada 27 April 2019 yang lepas. Alkisahnyaa... Seminggu sebelum tarikh temuduga , aku diinformkan oleh bapak aku yang KTM akan adakan temuduga terbuka KRU ETS. Aku yakin ramai yang taktahu kan pasal jawatan ni termasuklah aku. So aku pun rasa why not aku cuba sebab aku memenuhi syarat syarat kelayakkan yang ditetapkan oleh pihak KTM. So malam sebelum temuduga dijalankan , aku dan parent aku pun gerak dari perak ke KL untuk hadiri temuduga tu. Aku tak google langsung pasal KRU ETS weh , yang aku google ialah ets ktm kat wikipedia , dalam kepala otak aku cuma ada ‘Apa itu ETS’ and semua pasal ETS lah. Aku tak cari tahu pun apa job scope tugas kru ets ni. So aku rasa mcm satu kesilapan jugaklah sebab aku tak ambik tahu job scope ETS ni. Ok , so masa hari temuduga seawal 7 pagi aku dah ada kat tempat temuduga. Bangunan KTM tu berhadapan masjid negara dan bersebelahan TV AL HIJRAH. Masa aku ...

Impianku di AWAN BIRU.

A nnyeonghaseyo.. hahaha acah korean girl sikit. so korang dah baca kan tajuk tu. macam yang pernah aku post kat blog lama aku tentang experience aku join temuduga pramugari malaysia airlines so aku boleh agak korang mesti tahu kan impian , cita cita dan harapan aku. lepas dari pengalaman pertama aku tu. aku dah berani mencuba nasib di syarikat penerbangan yang lain macam Malindo , Air Asia. tapi apa yang aku boleh katakan sampai setakat ni aku tetap FAILED untuk memegang jawatan sebagai PRAMUGARI dimana mana airlines. hahahaha So sehingga sekarang aku tengah menjalani kehidupan sebagai pelajar Degree Kejuruteraan di sebuah institusi pengajian tinggi awam di johor pun aku masih struggle menghadiri temuduga terbuka yang dibuat oleh mana mana syarikat penrbangan di malaysia. Bukan sekali dua je aku pergi. berkali-kali aku pergi tapi rezeki masih tak memihak pada aku. kadang-kadang aku give up jugak tapi bila aku dengar ada yang pergi 20 KALI baru dapat , aku masih tak berputu...